
Ramadhan berinsut pergi
Syawal menampakkan diri
Di kesempatan yang masih ada ini
Kata maaf dipohon daripada saudara/saudari
Pengunjung blog yang amat dihormati & dihargai
Dalam sibuk berbicara, bergurau senda
Ada kata yang tergelincir dari budi bahasa
Mungkin ada hati yang terluka
Kerana kita insan biasa
Tidak terlepas dari berbagai rasa
Lalu bersama bergemanya Takbir Raya
Aidilfitri yang mulia...
Kesilapan & dosa akan terhapus jua
Bermaaf-maafan antara kita
Dengan hati terbuka & seikhlasnya
Moga perjalanan ini direstui olehNYA
SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI
Untuk rakan dan taulan dekat & jauh
Yang pernah bersua muka
Atau hanya bertemu di sebalik kata-kata
Moga tali persaudaraan terus tersemat di jiwa
Tanpa batasan masa
Salam Sayang-Ija-