Tuesday, October 26, 2004

TUNANG

Bertunang adalah tempoh perkenalan/penyesuaian pasangan sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Dalam tempoh pertunangan ini berbagai dugaan akan menimpa. Mana yg. tahan akan berakhir ke jinjang pelamin. Mana yg. tidak sanggup mengikut arus ujian akan terputus di pertengahan jalan.
Di beberapa tempat bila lelaki memutuskan pertunangan, dia tidak boleh menuntut apa-apa. Segala barang pemberian semasa bertunang dikira hangus. Lain pula dgn. pihak perempuan, sengaja memutuskan akan dikenakan denda iaitu dua kali ganda ke atas barangan yg. telah diberikan oleh pihak lelaki. Jika lelaki memberikan 5K maka perempuan terpaksa mengembalikan 10K. Untung pihak lelaki....
Bila lelaki putus tunang, org. keliling tidak memberikan apa2 pandangan. Namun begitu bila perempuan putus tunang, pasti ada yg. mereka cerita... Moga pandangan ini akan berubah di zaman canggih ini. Seperti jua bertunang, putus tunang juga adalah persetujuan daripada dua pihak. Org. lain mungkin tak tahu cerita di sebaliknya. Hanya empunya diri saja yg. tahu.
Ija

Wednesday, October 20, 2004

Mencari Idea

Dah lama tidak meng'update' blok sendiri. Asyik berkunjung ke blog rakan. Ingin menuturkan sesuatu tapi mengapalah idea tak kunjung tiba. Kering.. sepatutnya istilah itu tiada, tidak begitu bersesuaian...

Masih duduk di sini..
mengetuk keyboard
menghadap screen
fikiran jauh berlari...