FUTSAL OH FUTSAL
Meskipun kita berbeza namun ianya tidak membataskan utk. saling mengenali. Perbezaan itu sebenarnya yang menjadikan kita semakin akrab. **Untuk menjalinkan persahabatan mengambil masa bertahun-tahun. Tetapi untuk memusnahkan persahabatan hanya mengambil seminit sahaja**
Lalu semalam saya membawanya ke JPN, K...... Kerana pagi dia berhadapan dengan exam, jadi petanglah saya dan dia berkunjung ke sana. Tak disangka begitu ramainya orang yang berurusan di situ. Hampir tertidur saya di kerusi menunggu kerana begitu lama menanti nombor giliran dipanggil. Lebihkurang 2 jam!
Masa sessi mengambil gambar, sempat pula puteri seorang ni meminta gambar diambil lagi. Kerana dia tidak berpuas hati, gambarnya kurang cun... Ini tanda-tanda anak saya makin meningkat remaja. Boleh meluahkan rasa ketidakpuasan hati ke atas satu-satu perkara. Bukan hanya menerima saja...
Siap segalanya dia bertanya lagi.
SELAMAT HARI LAHIR IFFAH, MOGA MENJADI INSAN YANG BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT. MAMA SAYANG, TERAMAT SAYANG...IFFAH.
"Labaikallah...... Musim haji tiba lagi. Ramai sahabat yang berkunjung ke sana. Alhamdulillah waktu kini mereka telah berada di tanah suci Mekah mengerjakan rukun Islam yang kelima. Insyaallah tiba waktunya & sihat tubuh badan sesiapa pun pasti akan menjadi tetamu di sana...
"Mengapa mendiamkan diri?" Terima kasih yang bertanya kabar melalui sms & talipon. Ada waktunya saya cuma menjadi pemerhati saja. Lebih baik begitu bila tiada apa cerita menarik untuk dikabarkan. Kadang-kadang diam itu menjadikan saya seorang pemikir... ;p Alhamdulillah saya masih sihat lagi & masih mengingati teman-teman semua.
Jawapan TB: