Friday, November 25, 2005

SEPANJANG PERTAPAAN

Sedar tak sedar, Aidil-Fitri bakal tiba ke penghujung Khamis minggu depan. Sedar tak sedar juga telah lama saya bertapa. Bukan bertapa di gua tapi bertapa dari menulis di blog ini. Rumah pun dah naik semak samun. Puan rumah nak masuk rumah sendiri pun teragak-agak. Memandang dari jauh dulu.

Lalang dah mengelilingi luar rumah. Dalam rumah penuh dengan sawang. Bunga-bunga ada yang telah mati. Lepas ni nak pergi rumah Dang Ayang, nak minta benih bunga. Atau paling senang bawa saja bunga dalam pasu. Tak payah nak tunggu bunga itu membesar.

Saya bercuti raya selama 1 minggu. Ditambah dengan 1 minggu lagi untuk cuti-cuti Malaysia. Anak-anak dah merengek nak berendam di kolam dan laut. Kebetulan 'hubby' kembali bertugas di sini, jadi senanglah nak berurusan.

Yang tak bestnya... hari pertama masuk sahaja kerja, ada nota di atas meja "URGENT". Dateline juga hari yang sama, wa.. rasa nak menangis. Dalam sedih itu saya cari juga input yang dikehendaki. Talipon sana sini, memperdengarkan suara penuh rayuan.
Hari yang sama juga, segala yang dikehendaki berada di meja "big boss". Lega....

Ha.. minggu lepas saya dan Mar memenuhi jemputan ke rumah Seriadriani. Bukan O.H pun kata Seriadriani, cuma kami bertiga dengan anak-anak. Kami berbual sakan dari satu topik ke satu topik. Topik novel & penulis memang tidak lari dari perbualan. "Maaf ya Seri terpaksa berhadapan dengan karenah anak-anak saya yang nakal. Depan orang mulalah mereka membuat perangai yang cantik-cantik"

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Terima Kasih kepada mereka yang mengirimkan kad Aidil-Fitri. Nak sebutkan nama ke? Gembira sesangat masa menerimanya. Kebiasaannya hanya menerima kad melalui e-mail sahaja.

Terima Kasih juga kepada sahabat-sahabat blog yang bertanya khabar. Saya sihat cuma bz selepas raya. Migrane, alhamdulillah tidak menyerang saya.. Untuk Izham... kak ija tak ada apa-apa. Cuma lepas raya berdiam diri agak lama. Terima kasih atas jemputan kahwin adik. Bila bersesuaian waktu dan dizinkanNYA sampailah kak Ija nanti.

Untuk semua yang hadir di sini, I miss U all... Anda semua begitu istimewa... (Selepas ini boleh menulis kembali....)

Salam dihulur maaf dipinta, moga persahabatan terjalin selamanya.

6 Comments:

At 11:18 PM, Blogger Najwa Aiman said...

sesungguhnya pertapaan itu memang seronok! percayalah! seoronok sangat!

 
At 12:46 PM, Blogger Izham Miyake said...

Oh... bertapa rupanya..

Takpelah kak.. janji akak ok.

Jaga diri yer?

-Izham0

 
At 8:50 PM, Anonymous Anonymous said...

alah, kita tak kisah. anak kita lagi ligat. ok gak dia org gitu, lagi susah klu dia org tak nak duduk. kang tak blh kita semabng lama2

 
At 10:19 PM, Anonymous Anonymous said...

Najwa:

Seronok sampai x leh toleh kanan kiri & banyak pula ketinggalan cerita org. lain...

 
At 10:24 PM, Anonymous Anonymous said...

Izham:

TQ... how ur bro' wedding?

Kak Ija ok & sihat walafiat;
Izham pun take care juga.

 
At 10:25 PM, Anonymous Anonymous said...

seriadriani;

sihat ke?
dah duduk jauh2 ni... susah juga nak bertemu muka..

rindunya kita kat awak; :p

 

Post a Comment

<< Home