Friday, December 16, 2005

TERINGAT-INGAT

Lamanya saya tak meng "up-date" blog ini. Benarlah kata-kata yang saya dengar. Membuat blog itu mudah tapi nak meng "up-date", itu yang payah. Ini untuk diri saya. Untuk orang lain saya tak tahu.

Beberapa minggu ini memang saya agak sibuk. Sibuk berulang alik ke kampung. Anak-anak nun jauh di sana. Masa cuti sekolah semua merengek-rengek nak balik kampung. Nak duduk dengan opah. Tapi saya bersyukur walaupun dah duduk di bandar.... Semangat kekampungan masih melekap di hati mereka. Masih kenal lagi dengan udara kampung walaupun hari-hari asyik mengadap computer game.

Kadang-kadang saya bayangkan bila kampung dah tak ada. Ke mana pula hala tuju mereka. Kampung bertukar menjadi bandar. Segala pokok ditebang dan jadi hutan batu bata. Ke mana pula nak pergi bila hujung minggu....

Hari-hari seterusnya hingga cuti Krismas, saya berasa sunyi, tiada suara anak-anak. Nak makan pun macam hilang selera. Terpandang itu dan ini semua teringatkan anak. Anak yang ini suka tom-yam, anak yang ini suka ikan keli masak sambal, yang ini suka air tauhu dan kuih cakui. Waa... rasa nak menangis! Tapi bila talipon anak-anak, mereka happy saja. Tak lah gundah gulana macam mama mereka.

17 Comments:

At 12:55 AM, Blogger Najwa Aiman said...

tak ada kampung... lahir kat bandar.. membesar kat bandar... tak ada kampung... tak tau mcm mana rasanya... di mana keseronokannya... di mana penderitaannya...

yang elalu dengar, org kampung suka sgt berhijrah ke bandar... adoi! patutlah padat dan sesak benar bandar ni.... adoi.... sakit palo den...

 
At 1:37 PM, Anonymous Anonymous said...

najwa aiman;

p lah cepat2 ke klinik ambik ubat,
sian pulak dengar sakit kepala..

saya kalau boleh nak menetap di kg tp tercampak pulak kat bandar, itu yg nak selalu balik kampung...

psss SP itu bandar juga ya?

 
At 6:23 PM, Blogger Ahada Aihara said...

akak mmg mak ahada pun selalu rindu kalau smua anakĀ² die tak de... nway x la dah nak krimas...

 
At 5:08 AM, Blogger Izham Miyake said...

Membesar di kampung memang best lah..

Anyway kak ija, bebudak kalau dah happy mana nak ingat kat orang tuanya..

Tapi jgn risau, bila dah besar sure diorang ingat punya, lihat macam saya hahaha.. :)

 
At 8:11 AM, Blogger Sri Diah said...

T; Teringat-ingat... saya pun masih teringat-ingat kenangan bermalam dan tinggal beberapa hari di rumah T... cumanya hasrat kita nak naik ke CH tak tercapai masa tu. sekarang ni bila lalu menghala ke CH mesti teringat dan tercati-cari kat mana ya rumah T... banyak yang dah berubah. tapi cakap gak dgn anak-anak bila lalu Jalan P... "mama ada kawan tau yang rumah mak dia kat sinilah... tapi tak ingat kat mana ;-)"

 
At 8:49 AM, Anonymous Anonymous said...

ahada:

bil talipon melambung bila mereka tak ada, hari-hari nak dengar suara mereka.. rindu!

rindu juga nak jumpa ahada,
bila ya?

ija

 
At 8:52 AM, Anonymous Anonymous said...

izham,

lamanya tak nampak di sini,

begitulah harapan ibu bapa,
mesti mak & bapa Izham gembira, Izham selalu mengingati mereka..

 
At 8:55 AM, Anonymous Anonymous said...

D;

banyak perubahan dalam beberapa tahun tu..; bila kena masanya khabar2kanlah.. mana tahu boleh singgah ke rumah..

masih teringat zaman dulu,
T

 
At 2:13 PM, Anonymous Anonymous said...

tinggalkan anak-anak di kampung???mungkin tidakkkkk. nk berpisah lebih dua hari pun dh sasau...ini kan berminggu lamanya. cemana lah ija bleh tahan yer?

 
At 3:58 AM, Blogger Izham Miyake said...

Lama ke tak nampak di sini?

Saya ada hari2 buka, tapi kecewa bila update yang ditunggu tiada.

Tapi hari ni nak ucap selamat hari raya, eh silap,

Selamat Tahun Baru.

Take care kak.. :)

XOX

 
At 12:57 AM, Anonymous Anonymous said...

izza,

x tahan juga... hari2 call, rasa nak menangis bila teringatkan mereka tp control ayu...

skrg. ni mrk dah di sisi, hati pun tak gusar lagi..

slmt. hari raya korban.
;p

 
At 12:59 AM, Anonymous Anonymous said...

Izham,

Slmt. Hari Raya Korban..
Bukan tak mahu update cuma nak but kejutan nanti...

Thx dtg. menjenguk, raya hari itu berapa ekor lembu dikorbankan?

;p

 
At 6:54 PM, Blogger madoka miyajima said...

heheheh..jln2 ari nih..lalu lak dpn umah ija/kak ija nih..heheh..ija/kak ija..jom gi raya umah jid jom..ptg nih jid buat kek pisang, goreng pisang, dan donut pisang..jomla..jomla..**tarik tgn ija/kak ija sekuat hati**jommmmmmmm...**dgn muka tak malu nih**heheheh

 
At 6:55 PM, Blogger madoka miyajima said...

eh!!tak bg alamat umah lak..nih alamatnyer.. http://majidah.blogspot.com ehehhehehe...

 
At 8:48 AM, Anonymous Anonymous said...

jid;

terima kasih datang menjenguk;
kerana kuat tarikan, kita pun ke rumah Jid, tapi mana hidangan yang dijanjikan... tunggu2 tak juga keluar...

bawalah ke sini, boleh kita makan sama-sama, ija dah sediakan capuccino... emm sedapnya baunya!

;p

 
At 1:46 PM, Blogger Izham Miyake said...

Raya korban, takdela korban mana banyak pun. satu bahgian aje.. cuma setaman ada la 5 ekor lembu kot..

Kezutan apa kak ija nak buat ni? Buat ler cepat!

 
At 10:03 AM, Anonymous Anonymous said...

Izham,

mg sejahtera selalu..

x sempat nak kezutan lagi;
updated tahun baru pun x keluar

 

Post a Comment

<< Home