Sunday, January 29, 2006

KALENDAR BARU

Sedar tak sedar rupanya dah bertahun saya tak up-date blog ini. Virus 'M' mula menyerang, makin dibiarkan makin merebak. Benar kata Dang Ayang tahun baru dah beberapa kali bertukar. 31/1/2006 ini masuk tiga kali tapi rumah ini semakin usang, berhabuk sana-sini. Mujur ada Mar yang rajin menyapu... thanks Mar.

Sebenarnya sejak tahun lalu saya agak bz, ke sana sini.... Mengejar date-line; pada saya itu bukannya date-line tapi lebih kepada dead-line. Ingatkan hujung tahun makin boleh melunjurkan kaki rupa-rupanya tidak juga.

Lalu terpaksalah membiarkan rumah ini tidak terurus. Tapi tidaklah sampai membiarkan ia jadi pusara, mungkin hanya tinggal nama kot? Kerana seruan Dang Ayang, Ija tersentak.. Angin Brunei menyapa lembut, rasa terpanggil untuk menulis semula...

Dalam tak sempat up-date blog itu saya sempat membaca beberapa buah novel...
- Rindu di Kalbu - Durrah Fatiha (Penulis baru, ada tarikan utk meneruskan pembacaan)
- Andai Semalam Aku Miliki - Norhayati Berahim (berlainan pola penulisan drpd selalu)
- Rindu Saliha - Anita Abdullah (banyak typing error, tanda bacaan pun lari)
- Kau Kekasihku - Anis Ayuni (macam kurang garam drpd novel yang lalu, ada juga typing error)

Dalam penantian (nak memilikinya macam satu penyiksaan juga)
- Nyanyian Tanjung Sepi (Noorsuraya)
- Lafazkanlah Cintamu (Aida Adriani)

* Komen di atas adalah apa yang saya rasa dan fikir, orang lain mungkin lain pula rasanya....

Untuk semua rakan-rakan blog.... SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1427, Moga kebahagiaan, kejayaan dan yang baik-baik menjadi milik anda yang abadi, di bawah rahmatNYA. Marilah kita bermula dengan 0 di atas kertas putih, dan melakarnya dengan warna yang indah-indah.

Dang Ayang, Nina, Ahada, Dik Nur, Kaksu, Seriadriani, Mar, Norra, Izzul, Izza, Izham, Ruby, Melur - maaf ya, tak sempat nak menjawab tb.

6 Comments:

At 12:24 PM, Anonymous Anonymous said...

betul tempat dan orangnya. :) mesti kak seriadriani punya angkara :p

-salina-

 
At 10:23 AM, Blogger Izham Miyake said...

Hi kak ija,

lama giler tak update blog. rajin baca novel rupanya.

apa cerita skrg ni. saya ada try call kak ija tapi tah, tak dapat pun, ingat nak tanya khabar.

Anyway, take care. :)

Selemat menulis lagi

 
At 11:45 PM, Anonymous Anonymous said...

salam asyura Ija. Rupanya Ija sdg mewangikan taman, apasal tak jemput kita.. leh gak tolong siram2kan bunga yg dah kering tu :P

 
At 5:12 PM, Anonymous Anonymous said...

salna,

tepatnya tekaan...w/p x ada klu
jgn. marah dgn. seri;
org. tengah mcm. tu sensitif!

;p

 
At 5:15 PM, Anonymous Anonymous said...

salam utk. izham juga..

mmg. addict habis kat novel sampai lupa makan...

patutlah mcm. ada rasa org. call tp x leh disambung; silap dial kot?

Izham pun take care juga..

;D

 
At 5:16 PM, Anonymous Anonymous said...

kak mon salam rindu utkmu..

kita tengok2 aje rumah org. yang cantik molek, nak minta bunga,,
malulah pulak..

 

Post a Comment

<< Home