Tuesday, November 01, 2005

SYAWAL MAKIN MENDEKATI



Lagi beberapa hari Syawal akan menjelang tiba. Selama bulan Ramadhan ini dua orang anak lelaki saya cukup rajin ke surau. Selain dari bertarawikh, mereka juga bertadarus. Dua hari lepas mereka telah pun khatam.

Sejuk hati saya melihat kesungguhan mereka berdua. Tidak sia-sia saya bising bila mereka nak ponteng mengaji. Kadang-kadang sengaja mereka mencari alasan supaya tidak pergi mengaji. Letihlah dan bermacam-macam lagi.

Ada masanya saya pun berbasikal bersama mereka ke tempat mengaji. Biar mereka merasa gembira bahawa sebagai seorang ibu memang saya inginkan yang terbaik untuk mereka. Baik di duniawi dan di alam satu lagi.

Doa saya di bulan Ramadhan ini semoga mereka akan terus begitu juga biarpun masa telah berubah dan usia semakin bertambah.


*****




Dalam senda ada hati yang terasa,
Dalam bicara ada hati yang terluka
Dosa dan pahala bersilih ganti
Jari sepuluh ku susun jua
Memohon maaf kesilapan yang ada
Gembiralah sahabat di Aidilfitri

Istimewa untuk semua pengunjung setia di sini..... Selamat Hari Raya Aidil-Fitri saya ucapkan. Moga anda semua selamat dan ceria selalu walau di mana pun berada baik bersama keluarga dan rakan taulan.

2 Comments:

At 12:31 PM, Anonymous Anonymous said...

salam aidil fitri maaf zahir dan batin Ija.. sedeh tak dpt nak bertarawikh dihari terakhir ramadan.. fitrah alam huhuhu

 
At 1:07 PM, Blogger Izham Miyake said...

saya nak berpantun yer kak..

Penat seharian berlari-lari,
Tumpang berehat di rumah Cik Li,
Kalau akak puasa saya ucapkan selamat Aidilfitri,
Kalau tak puasa, selamat Deepavali.

Sekian terima kasih.

-Izham-
http://izham-miyake.blogspot.com

 

Post a Comment

<< Home