Wednesday, January 19, 2005

Salam Aidil-Adha

Beberapa hari lagi Aidil-Adha akan hadir. Hari Khamis ini saya & anak2 akan pulang ke Perak.... Kerana suami out-station saya memandu sendiri. Terasa janggalnya kerana pertama kali berbuat demikian. Mujurlah masa yg. diambil untuk sampai tak lama. Hanya 2 jam. Tapi kerana beberapa kemungkinan mungkin juga jangkaan tidak tepat. Anak-anak akan bertemu dgn. abahnya di rumah mak di Tapah.

Seronok memang seronok kerana sambutan di kampung berbeza dari di bandar. Walau pun ada kalanya di bandar lebih meriah lagi tapi suasana di kampung lagi mengasyikkan.

Dan untuk pengunjung2 blog ini tidak kira di mana berada...... terimalah Salam Aidil-Adha daripada saya. Take Care.... :)

1 Comments:

At 2:10 PM, Blogger Sri Diah said...

Selamat Aidiladha. Moga selamat balik kg dan selamat jugak balik Kajang :-)

 

Post a Comment

<< Home