Monday, January 03, 2005

SELAMAT DATANG 2005

2004 telah beberapa hari berlalu.. 2005 pula mengambil alih.
Pelbagai peristiwa yg. berlaku dlm. kehidupan ini dan juga persekitaran. Paling ketara Tsunami yg. menyerang negara2 Asia. Banyak nyawa yg. melayang. Sana sini mayat bergelimpangan. Yang dah dijumpai.. yg. masih belum dijumpai pun ada. Ramai yg. kehilangan org. yg. tersayang. Bayangkan kesedihan dan trauma yg. dihadapi oleh mereka yg. terlibat.
Sesungguhnya kita masih bernasib baik, tidak mengalami peristiwa itu. Kita juga masih bernasib baik kerana dapat menghulurkan bantuan & derma kpd. mereka yg. terlibat. Masa-masa inilah sepatutnya kita menunjukkan sifat pemurah kita.
Bila diimbas kembali... ianya iktibar utk. diri sendiri, sesungguhnya segala yg. ada hanyalah pinjaman semata.... bersifat sementara. Penciptanya memberi dan boleh mengambilnya bila-bila waktu saja tanpa isyarat. Tak perlulah menyombong diri dgn. apa yg. kita miliki.

Selamat datang 2005, moga kehadiranmu memberi seribu makna dan lebih baik dari tahun sebelumnya...

Nota kaki :
* Percutian bersama keluarga di tepi pantai dibatalkan saat akhir rupanya mengandungi hikmah. Jika tidak mungkinkah(?) kami bersama mereka menghadapi saat2 genting itu... Sesungguhnya saya bersyukur teramat sangat. Wallahhualam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home