Tuesday, January 11, 2005

Problem

Setiap dari kita pasti akan menghadapi masalah. Tidak kiralah masalah besar atau pun masalah kecil. Ada waktunya masalah itu dtg. dgn. tiba-tiba. Tak diundang. Ada juga masalah yg. bukan berpunca dari diri sendiri tapi drpd. org. lain. Dan tanpa disedari kita terjebak dgn. masalah tersebut.
Baru-baru ini saya dihujani dgn. masalah. Bukan masalah saya... masalah teman yg. hampir putus ikatan pertunangan. Tapi pihak lelaki masih berdiam diri, tidak mahu berunding mengikut adat. Jadilah teman saya itu bagai menanti buah yg. tak gugur w/p dah hampir gugur.
Penyelesaiannya masih tergantung.
Sebenarnya masalah yg. dtg. membuat kita berfikir dgn. lebih matang lagi. Semakin mendewasakan kita. Dari situ kita belajar bagaimana utk. merungkaikan dan menyelesaikan masalah tersebut.
- Tak perlu takut dgn. masalah,,,,, carilah puncanya kemudian baru boleh merencanakan penyelesaian. Kata-kata ini pernah saya dengar, jgn. lari drpd. masalah kerana ia tidak dapat menyelesaikannya, cuba berani berhadapannya....jln. penyelesaian akan terbentang.

1 Comments:

At 12:05 PM, Anonymous Anonymous said...

problem...apa erti hidup tanpa masalah.kalau dalam Amy Searh ada sebut, andai dipisah laut dan pantai...begitu juga dengan hidup.andai dipisah hidup dengan masalah,rosaklah irama hidup yang banyak turun naiknya.

 

Post a Comment

<< Home