Tuesday, August 01, 2006

DARI PWTC -> KLCC -> MID VALLEY-> ?

Sedar tak sedar hampir 2 tahun saya berada di dunia blog. Sesuatu yang tak pernah difikirkan sebelumnya. Ianya terjadi secara kebetulan bila saya bertemu dengan seorang penulis terkenal yang juga seorang sahabat yang telah lama dikenali tapi sudah lama tidak bersua wajah.

Pertemuan dengan Sri Diah di Airport Langkawi membuka lembaran baru dalam hidup saya. Ia saya mula berjinak-jinak dengan dunia blog.

Selama dua tahun itu saya dapat berkenalan dengan sahabat-sahabat yang sealiran. Siapa sangka kerana minat membaca novel menjadikan kami akrab biarpun tak pernah bertemu wajah sebelumnya.

2005 - Pertemuan bermula dengan Seri Adriani dan Mar di Secret Recipe. Kemudian beraleh ke PWTC pula. Saya bertemu dengan Dang Bersaudara pula. Gelaran itu diberi kepada kami selalu bertenggek dan berkicau di tingkap NTS. Sayang kaksu… Tak sangka kerana NTS menemukan saya dengan Dang Bersaudara dari Brunei. (Miss U Nina n Ryn). Walaupun Dang Bersaudara lapan orang tapi hanya beberapa org. sahaja yang saya temui kerana Dang2 yang lain berada di luar Malaysia.

*Kaksu, Seri, Ryn, Nina - hingga kini masih terasa hangatnya pelukan! Paling diingati buah tanganmu...*

2006 - Empayar persahabatan semakin meluas. Saya bertemu dengan rakan-rakan yang sering kelihatan di blog. Blog itu ibarat sebuah rumah . Selalu singgah menyinggah dan bertanya khabar. Pertemuan pertama kali itu tidak membataskan kemesraan. Kita bagai orang yang telah lama mengenali. Uniknya persahabatan ini. Di PWTC juga saya bertemu dengan Kaksu, Lia, Adhan, Notie, Seri, Anis Ayuni, Nida, Eita, Klena, Izza, Eita, Em, Anim, Wafa dan mereka yang suka berkunjung ke rumah Zu..

Entah kenapa kita sinonim pula dengan nama jolokan lain. CK (Bukan Calvin Klein…) Beberapa siri pertemuan kita adakan. Dari CK 1 di A&W KLCC (Klena, Wan, KNoor, Lia, Mona, Izzul, CW, Meow); CK 2 di Pameran Buku KLCC (Wan, CW & CT yg diimpot khas dari Perak…)

*Tak sangka pula CK 2 ini mendapat liputan hangat. Macammana boleh terdampar di 3 blog besar itu tak tahulah. Terkejut sungguh! * Macammana pun terima kasih kepada Sdra Eyman Haikal & Sdri Anis Ayuni yang sudi melayan kami di waktu itu walaupun agak sibuk dengan peminat-peminat yang datang meminta autograph.

Dari KLCC kami beraleh pula ke Mid Valley, kononnya nak cari novel baru lagi. Nak bertemu dengan penulis novel. Dan dengar cerita juga orang kuat Alaf21FC ada di sana. Kerana ada hal lain yang terpaksa saya selesaikan dulu, jadi saya tiba agak lewat ke Mid Valley. Kali ini saya bawa 2 orang body guard pula. Selalunya 1 orang sahaja.

Seperti yang dijanjikan, Cik CW, KNoor, Wan. Lia, Adhan (sanggup dtg dari Perak) setia menanti. Maaf ya CK3 saya terlewat. Di situ saya ditemukan dengan ahli baru CK3 iaitu MamaErra. Tak sempat nak berbual panjang, mungkin lain kali. Dengar khabar kita sekapal ya. bolehlah bersoreh…. Cenderung Balai itu tak jauh dari Tapah…

Sedang sibuk mencari buku saya dikejutkan dengan panggilan talipon daripada KNoor, Rupanya Anim pun turut serta. Walaupun seketika tapi pertemuan ini sungguh bermakna. Kalau dah jodoh tak ke mana ya Anim. Hari Rabu itu tak sempat jumpa kerana saya banyak appointment di Jln. TAR,…

Apa lagi acara yang paling top masa bertemu ini ialah bergambar beramai-ramai. Mujurlah ada adik seorang yang baik hati snap gambar kami. Jika tidak pasti ada gambar yang kurang seorang.


Barisan jelitawan CK3....

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Rasanya waktu terlalu singkat sekali. Tapi apakan daya; saya harus pulang juga, Masa balik itu ramainya org. menanti di Stesen Komuter. Mujur juga saya beli tiket pergi balik. Jika tidak mahu agaknya beratur panjang.

Dalam komuter saya dan body guard menjadi seperti lempeng. Padatnya, tak pernah saya alami begitu sekali! Mana nak pegang buku yang berat itu. Rasanya tak sanggup nak hadapi lagi di lain waktu.

Terkilan juga tak dapat bertemu dengan Rubi, mungkin belum jodoh lagi…
Walaupun penat tapi saya seronok bertemu dengan kawan-kawan. Macam dah jadi acara mingguan pula. Lepas ini kita ke Alamanda pula ya….

Benarlah minat yang sama tidak mengenal batas sempadan. Kita boleh berbicara tentang buku biar pun waktu terus berlalu.

Hanya ungkapan daripada saya;

Pertemuan ini melakar kemesraan
Perpisahan itu menyimpan kerinduan
Dan…
Memori itu abadi di hati
Selamanya….


Nota Kaki:
Anis-Radha
; moga ada pertemuan di antara kita…
Kaksu, Ryn, Nina, Nur, Ct, Eita – saya rindu awak…
Klena, KNoor, CW, Wan, Lia, Adhan, MamaErra – CK 4 di mana?
Infa - *peluk dia kuat-kuat*, baju ropol itu dah letak labuci & manik? Nanti kita bawa CD lagu MH, boleh nyanyi sama-sama, sambil mata pandang keluar tingkap. ;p
Untuk mereka yang pernah bersua muka tapi tak sempat meluah bicara, salam dari saya.



20 Comments:

At 8:22 AM, Anonymous Anonymous said...

detik demi detik... jam demi jam... dimanakah pertemuan CK4 yg seterusnya? tak kisahlah kat mana pun...

yang paling pentng... kita org pertama yg sampai sini.. hehehehe*gelak ayu tahap gaban*

 
At 1:12 PM, Anonymous Anonymous said...

ija, takkan gambar blur mcm tu? tu dh nampak mcm gambar antu ler!

 
At 3:58 PM, Blogger Noor Suraya said...

ija... dah lah orang pakai kaca mata, gambar pula blur... puaslah kaksu dok 'tenang' gambar-gambar jelitawan kita tu ahaks... rindu ija juga

 
At 4:06 PM, Anonymous Anonymous said...

kak ija...
rindu kak ija..nasib la kita dapat jumpa lagi dan semoga akan ada lagi pertemuan antara kita..

 
At 4:08 PM, Anonymous Anonymous said...

kak ija...
semoga akan ada lagi pertemuan antara kita...

 
At 3:58 PM, Anonymous Anonymous said...

salam Ija.. kakmon pong windu gak nak pelok mama syomel nih.. takut pulak bila esok kakmon dpt pelok Ija kena bantuan CPR... agaknye lah kan! :P

tp kan! gambo kat atih tuh x cokop terrrrrang lah Ija.. susah kakmon teropong sapa gadis2 syomel tuh :D :D :D

Ija kena beri ruang.. stage ni kan besaq.. gunakanlah sepenuh nye... hikhikhikhik

 
At 11:52 AM, Blogger Wan Amalyn said...

Ija...
sesungguhnya tiada kata2 yang mampu diungkapkan untuk menggambarkan betapa bermaknanya perkenalan di alam maya membawa ke alam nyata... *peluk ija kuat2*

CK-IV : kat mana ek?? hehehe... tp tak nak over x-cited... takut klu jatuh... sakitnya tak tertanggung dek hati... *tenung gambar CK - Special Edition kiriman knOOr* :(

 
At 12:03 AM, Anonymous Anonymous said...

lia;

pasang cd kris dayanti;
mari kita nyanyi sama2 lagu "menghitung hari"...

CK makin dikenal pasti???
bw topeng siap2 nak tutup muka..
*pandang kiri, pandang kanan, mana tahu ada kamera tertutup* he he..

 
At 12:05 AM, Anonymous Anonymous said...

nor ash burn,

alahai nor, atas sebab-sebab rasmi yg. tak dapat dielakkan, lalu muka2 jelitawan terpaksa dikemaskini..

*senyum simpul dgn. CK*..

 
At 12:16 AM, Anonymous Anonymous said...

kaksu;

atas perintah kaum kerabat selepas bermesyuarat, maka gambar itu terpaksa dibuat begitu...

*jeling-jeling kat CK..*

rindu dikirim di angin lalu
moga2 kita akan bertemu...

 
At 12:40 AM, Anonymous Anonymous said...

adhan,

kita pun rindu juga nak bertemu lagi; terasa pertemuan itu terlalu pendek!

w/p jauh di mata
tapi di hati tak pernah lupa...

 
At 12:45 AM, Anonymous Anonymous said...

kakmon..
*lari-lari ayu sambut kak mon di muka pintu..*

lamanya tak bersembang, rindulah...
kita masih macam ini, kak mon x yah risau tiada CPR diperlukan, ha ha...

itulah gambar paling terang boleh ditatap, atas perintah kerabat CK.., kang langgar perintah dikenakan hukuman...

nak tengok gambar besar2 e-mailkan ija ya... he he..

sayang kakmon..
*bisik2 kat telinga kakmon, ayang apa khabar? lama x dengar kabar dia.)

 
At 12:57 AM, Anonymous Anonymous said...

wan,

anehnya persahabatan ini
dari maya ke alam nyata
namun kita tidak kekok terus bercerita...
bagai lama telah bersua muka

inilah kenangan yg. tak pernah dilupa, akan tetap hidup selamanya..

moga kita akan terus bertemu lagi dan lagi dan lagi...

sayang selalu,
ija

*CK4 kita kena panggil urusetia utk. tetapkan, ha ha...*

 
At 9:06 PM, Blogger Najwa Aiman said...

wow..!!! err... berkenan boleh?

 
At 10:13 AM, Blogger Mersik said...

Amboi2 rombongan Cik Kiah nih.. mesra alam sungguh aa..hik hik . Memang menarik dan unik..Tapi..hati2..rombongan Cik Kiah nih dah ada yg memerhati..kang tiba2 diterjah jek..kekekekekke

 
At 3:50 PM, Blogger Ahada Aihara said...

salam kak ija..

seronoknya baca entry akak... rasa mcm nk join je gath akan dtg.. bleh kan sis??

miss u!!!

 
At 8:42 AM, Anonymous Anonymous said...

najwa,

yg. mana satu? hati-hati kang terpilih yg. dah bertangga! he he

 
At 8:47 AM, Anonymous Anonymous said...

mersik,

aduhai, CK bukan glamour nak kena terjah
*sediakan perisai nak tutup muka, he he *

 
At 8:51 AM, Anonymous Anonymous said...

ahada,

salam peluk cium, lamanya x dengar berita, studi cammana?

boleh saja, amat dialu2kan, lagi gamat dan ceria..

miss U too...
;)

 
At 10:58 AM, Blogger Mersik said...

Rasa2nya pertemuan seterusnya ialah menjelang raya kut..Haa itu jam sure meriah punya..yihaaa..

( Jgn lupa jemput pokcik dipondok buruk hujung kg tuh aa hik hik )

 

Post a Comment

<< Home