Thursday, August 18, 2005

NAK LARI, TERSANGKUT JUGA

Pagi tadi hujan turun dengan lebatnya. DJ Radio dah umumkan yang jalan ke Putrajaya mengalami kesesakan. Berlaku kemalangan dalam hujan lebat. Saya pun berpatah mengikut jalan lain. Tak mahu terperangkap dalam jam yang panjang.

Kereta dipandu menghala ke BBB. Mula-mula memang jalan lancar. Tiba kat satu simpang...kereta mula perlahan. Beberapa kali lampu bertukar hijau, kereta masih tidak bergerak. Rupanya banjir di bawah jambatan. Air memang deras...

Nak lari ke mana? Redah jugalah... Di kiri kanan jalan, banyak juga kereta yang tersadai. Mungkin risau kereta akan tersangkut dalam air agaknya. Bukan satu tempat saja banjir, ada beberapa tempat lagi. Saya terlupa tentang itu.

Akhirnya saya tiba juga ke pejabat walaupun terlewat hampir 20 minit. Tidak juga dikira lama bila dibandingkan dengan beberapa orang sahabat.

Seorang sahabat bercerita,dia tersangkut dalam kesesakan selama 1 jam. Yang lain pula memberitahu kerana nak elak dari sesak di bawah jambatan BBB, dia ikut highway. Jawapannya dia lewat juga lebih 1 jam.

Untung juga jadi pendengar setia Klfm, boleh tahu apa yang berlaku di jalanraya... dan terima kasih juga kepada pendengar yang memberikan info melalui SMS, serta DJ hari ini, sdra MS, memang amat berguna sekali.

2 Comments:

At 12:45 AM, Anonymous Anonymous said...

Banjir memang menyeksakan. BUkan kat KL aje.. JB lagi teruk..

Hujan sikit aje terus banjir..

Ada one day tu, my car was the only car yang lepas banjir tu..

sian keter2 yang lain...

 
At 2:35 AM, Anonymous Anonymous said...

hi Izham,
lama x nampak kat sini..

lama x hujan, org. nak hujan..
bila dah hujan, ramai yg. mengeluh..

lucky you, x sangkut dlm. banjir,
jk tidak jenuh nak tolak kereta..

 

Post a Comment

<< Home