Monday, December 11, 2006

KERANA RADHA SAYA DI SINI




Dua minggu sebelum itu saya telah diberitahu bahawa RADHA akan dilancarkan. Tarikhnya 10 Disember 2006. Tempatnya di Tingkat 6, Bangunan Sogo. Hati melonjak gembira kerana saya akan bertemu dengan penulisnya. Sebelum itu kami hanya ber'sms' sahaja. Belum pernah bersua muka. Tapi wajah telah dapat dilihat terlebih dahulu.

Awal-awal lagi Notie telah memberitahu bahawa warna tema adalah 'pink' bersesuaian dengan cover RADHA. Warna itu memang manis sekali! Ahak... Awal-awal juga saya telah 'booking' RADHA dengan penulisnya. Tak mahu melepaskan peluang untuk memiliki novel itu setelah sekian lama menunggu.

Lega rasanya dapat sampai ke Sogo di awal pagi itu. Tenang sekali. Bukan apa di dalam komuter pada pagi itu saya telah disajikan dengan adegan yang kurang menyenangkan. Dari jauh saya melihat teman-teman yang sama rasa, sama minat memakai baju pink. Kak Su, Em, Notie, Jid, Anim, Nawwir, Anis, Wabbit, Wan, telah tiba dahulu.

Apa lagi berlakulah adegan peluk memeluk, berlaga pipi dengan teman-teman. Bukan mudah nak berkumpul beramai-ramai begini. Tidak lama kemudian Lia tiba, diikuti dengan Izzul dan pengiring-pengiringnya serta kakNoor & Syida. Selepas adegan peluk memeluk itu kami bergambar dengan sakan. Flash terpancar daripada beberapa buah kamera. Banyaknya!

Pertemuan ini bukan saja menyambut kelahiran kedua baby "Jemari Seni" tapi juga menyambut hari lahir Wabbit, Lia & Nawwir. Hari lahir ke berapa ya? Oh.. top secret ya?

Anis begitu tekun menandatangani buku hinggakan tak ada masa nak turut serta dalam perbualan kami. Makin lama semakin ramai tetamu yang datang. Hinggakan RADHA yang dibawa sejak awal tidak mencukupi. Terpaksalah Em, Kaksu dan Jid membuat pengambilan segera. Special delivery....

Bila jam semakin beraleh angka, kami pun terpaksa menamatkan pertemuan ini. Waktu yang panjang terasa amat pendek sekali. Sekali lagi kami berpelukan dan bergambar. lagi. Ialah mana nak lepaskan peluang begini. Berjumpa pun bukan selalu.

Tempat seterusnya kami ke Minerva pula. Mengintai-ngintai kot-kot si RADHA ada di situ. Belum lagi. Tapi sempat jugalah saya menyambar beberapa novel terbaru terbitan Alaf21 dan NB.

Sememangnya kenangan ini paling manis untuk dilupakan begitu sahaja. Kasihan kat kakSu kerana terpaksa berangkat pulang pada hari yang sama. Juga si penulis RADHA, malam itu juga berangkat ke Perak. Semoga perjalananmu di dalam rahmatNYA.

Dari kacamata saya:-
- Tahniah Anis, lepas ini bolehlah menghasilkan novel kedua, ketiga, keempat dan seterusnya.
- Sedapnya kek birthday itu, tak puas merasanya. Apakan daya waktu itu perut tak dapat menerimanya lagi. Dan hari ini saya ke SR mencari kek yang serupa. Terima kasih kepada yang mereka yang amat bermurah hati jadi sponsor.
- Teringat-teringat kat Dang Ber8, alangkah indahnya jika kita semua ada di situ, menyaksikan Dang Anis memotong reben.
- Saya teruja dengan cover "RADHA" memang cantik sekali sebab apa? Pink juga adalah satu daripada warna pilihan saya.
- Em & kakSu macam mak pengantin, warna sedondon berbaju kurung. Cantiknya. Senyum pun tak lepas dari bibir. Sibuk melayan tetamu. Tabik habis kat Em & kakSu.
- Dan paling berbekas di hati, ada suara bisik-bisik kat telinga saya nak "booking" sesuatu. *Jeling-jeling manja kat orang itu* Insyaallah, doakan ya!
- Penat senyum depan kamera tapi hati gembira. Lain kali kena 'praktis' dulu di depan cermin.
- Kepada sesiapa yang belum memiliki RADHA bolehlah mendapatkannya di "http://jemariseni.com". Atau di kedai yang berhampiran. Mungkin dah ada masa kini. Tidak rugi membelinya. Banyak pengetahuan yang boleh ditimba dengan membacanya.

N3 ini khas untuk kakmOn.. Moga hilang segala kerinduan di hati. Ada pantun kakmOn, jawab jangan tak jawab.

Di air terjun tempat bertemu
Meraikan RADHA meriah sekali
Ija di sini kakmOn di situ
Bila kita nak bersua lagi...

12 Comments:

At 4:19 PM, Blogger Abang Long said...

macam mana ceritanya ?

 
At 7:08 PM, Blogger Sri Diah said...

Sungguhkah T... hari tu kena balik awal. Itulah seperti yang D kata, itu maknanya kita akan berjumpa lagi :-) btw hari tu rasanya jumpa penulis RADHA bersama Kak Su tapi tak sempat nak kenal dan ucap tahniah.

Ahamdulillah MC mendapat kupasan yang positif daripada profesor yang memang sejak awal dah mengaku prejudis pada novel popular. Namun setelah MC dibedah siasat beliau jumpa apa itu komersial dan apa itu inteltual di dalamnya. Alhamdullah. Tapi kasihan juga pada beberapa orang rakan penulis yang kecews.

Tak mengapa. anggap ini pertemuan awal para sarjana untuk jatuh cinta pada novel popular.

Eh... lain kali jumpa lagi ya!
Salam utk sesisi famili.

 
At 1:35 PM, Blogger Mersik said...

Teringat lagu " Bhool Radha Bhool " dari pilem hindustan Sanggam. hik hik

Tentu sama hebat dgn Radha yang ini.. Tahniah dan teruskan usaha..alahaii

 
At 2:49 PM, Anonymous Anonymous said...

Salam raya korban Ija.. maaf kakmOn lama sampai, paksa guna kapal belon pacuan 5keldai.. walau apa-apa pong kakmOn nak jwb gak pantuk Dang Wangi.. dengar yah

Di air terjun tempat bertemu
Meraikan RADHA meriah sekali
kakmOn di sini mengiggit jari antu
melihat kaler pink bagai hamaparan permaidani

oh kau kejammmmmmmmmmmmmmm ala kassimmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm :p

 
At 11:20 AM, Anonymous Anonymous said...

kak ija, windunyerrrrr daku pada mu... lepas ni nak tunggu buku kak ija lak ;-)

bila nak potong reben tu? bleh ke dang 8 bersaudara hadir semua???

 
At 7:02 PM, Anonymous Anonymous said...

Abang Long,

Cerita dari zaman sekolah hingga dewasa. Islamic sedikit..

Nak tahu kena belilah...
;p

 
At 7:07 PM, Anonymous Anonymous said...

D,

Tahniah kerana komen yg. positif.

Moga kita jumpa lagi ya... dengar2 khabar ada program nak menyusul ke kediaman D.

Sinar Harian b'gaimana? Moga terus berkembang dengan pesat di seluruh Malaysia...

Nampak macam bz..
Salam Sayang,
T

 
At 7:08 PM, Anonymous Anonymous said...

Mersik,

Peminat cerita Hindustan ya...
Bagai ternampak2 pula Mersik lari di balik pokok..

He he

 
At 7:10 PM, Anonymous Anonymous said...

Kakmon,

Salam rindu, salam sayang, salam beribu2 kali... Salam Hijrah,
terharunya aku membaca pantunmu,,,
bukannya kejam tapi hati teringat2 orang sana, mulut pun menyebut2...

Kejamkah aku
*kelip2 biji mata...*

April ini datang KL?

 
At 7:12 PM, Anonymous Anonymous said...

Dang Ayang,

windunya nak peluk lagi...
tengok kalender, cari date yang paling bagus..

2007 harap bertemu lagi...

rinduku dari kejauhan,
Ija

 
At 10:52 AM, Anonymous Anonymous said...

salam buat Ija, dan semua yang sudi membaca catatan ini.

seronok ya, dapat bertemu, berborak di bawah satu bumbung. tentu banyak kenangan serta ilmu dan pengalaman yang dapat dibagi kongsi.

 
At 1:00 PM, Blogger Ija said...

Salam Ron,

Berkumpul memang seronok,
turunlah KL boleh berborak sama
bertukar2 fikiran..

 

Post a Comment

<< Home