Monday, December 14, 2009

FUTSAL OH FUTSAL

Lamanya saya tak update! Ini baru boleh masuk dan menaip sesuatu..

Bila sebut futsal; memang tak pernah menarik perhatian saya. Pada fikiran saya, permainan ini sesuai untuk orang lelaki saja (maaf ya wahai wanita yang minat sukan ini.. ini dalam fikiran saya saja) Sebab apa, permainan ini pada anggapan saya agak kasar dan meletihkan. Ini reason skema pada orang yang tak tahu, tak pandai dan tak reti main.

Namun tanpa disangka-sangka saya kena turun juga ke gelanggang futsal buat pertama kalinya. Sebab dah tak ada orang lain, sebab kata mereka saya boleh main. (Rasanya nak gelak guling-guling dengar prasa ini...) Dalam paksa-rela, dan semangat kesukanan yang tinggi demi bahagian yang bertanding saya terimalah cabaran ini. Mengejutkannya juga kerana rupanya boleh juga saya menyepak bola, tak lah asyik menendang angin saja. Kita tak tahu kemampuan diri sehingga kita mencuba sesuatu.

Training tak sampai 10 x, tibalah masanya hari pertandingan. Tak pula rasa gentar, cuma kata kawan-kawan main sebagaimana kita buat latihan. Orang lain pun sama juga. Nak menaikkan semangatlah kononnya. Menang atau kalah dah jadi adatlah. Tak kalah menang, tak menang kalah.

Namun keputusan rupanya tak menyebelahi pihak kami sebab kurang latihan, pihak lawan memang pandai main, semangat kerjasama kurang, ada yang tak mahu lari kejar bola (malas ke?), pihak lawan memang dah 'aim' pemain tertentu, skil kurang memberangsangkan dan lain-lain lagi. Itulah post-mortemnya.

Rasanya inila kali terakhir saya bermain - sebab permainan ini 'robust', tak sesuai dengan diri saya, saya kena tolak & terjatuh, baju saya ditarik sebab pihak lawan tak bagi saya kejar bola (ada ke macam itu! - dah tak dapat janganlah main kasar), bila dapat rampas bola pihak lawan boleh mengeluarkan kata-kata kasar (ini amat saya tidak faham). Mungkin agaknya saya terlalu lembut dan tak mahu melawan... sebab sukan bukan untuk cari gaduh tapi tidak pula kepada segelintir pemain.

Hari ini saya cuti, (itu yang buat serik lagi nak main - jari saya bengkak kena bola, nak turunkan hand-brake pun terpaksa dapatkan bantuan dari tangan sebelah lagi. Mujurlah menaip tidak menggunakan jari tersebut). Hampir saya demam dibuatnya kerana terkejut yang amat sangat!

Namun saya happy juga sebab sukan menemukan kita dengan ramai orang, kita belajar jadi penyabar, dapat lihat karektor seseorang bila dalam masa tertekan (sehinggakan anak pun pandai komen yg pemain wanita kenapa garang-garang; lelaki tak pula... ha ha ha.. ). Dapat kenal mesra bertukar pendapat sebab kami duduk berjauhan, masa inilah dapat bertemu, selalunya dengar nama sahaja, kini dapat jumpa yang empunya nama. Badan sihat sebab peluh banyak keluar (boleh kurus juga jika selalu main agaknya... )

Dan paling penting, yang buruk jadikan sempadan, dan yang baik jadikan panduan. Gaduh-gaduh dalam gelanggang tak perlu dibawa keluar. Kawan tetap kawan, jangan pula kawan jadi lawan sebabkan sesuatu game itu.